Blog Buani Atiqi Abdul Rahman
Coretan Siber oleh Buani Atiqi | Malaysia Global Chamber of Commerce
Sunday, May 1, 2022
Thursday, March 17, 2022
Buani Atiqi Terima Kurnia DIMP
KDYMM Pemangku Raja Pahang berkenan menyempurnakan Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) kepada Buani Atiqi bin Abdul Rahman, Presiden Dewan Perniagaan Malaysia Global / Malaysia Global Chamber of Commerce (MGCC)
Merafak sembah menjunjung kasih Tuanku.
KDYMM SPB YDP Agong berkenan berfoto setelah selesai berangkat bagi menyempurnakan Majlis Santapan/ Jamuan Tengah Hari sempena istiadat kali ini.
Berfoto kenangan bersama YAB Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang
Dato' Buani Atiqi berfoto bersama isteri, Datin Nor Fazliza
Merafak sembah menjunjung kasih atas limpah perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Sultan Pahang mengurniakan patik Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia - Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato'.
Istiadat pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-62 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sesi Ke-2 telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menjunjung kurnia Tuanku.
Pada hari Khamis 17 Mac 2022 bersamaan 14 Syaaban 1443 Hijrah di Balairung Seri Istana Abu Bakar Pekan Negeri Pahang Darul Makmur.
Allahhuakbar!
Daulat Tuanku!
Patik yang setia menjunjung kasih.
Dato' Haji Buani Atiqi bin Abdul Rahman
Friday, November 19, 2021
Britishpedia: Successful People in Malaysia
It is a great pleasure for me to be named Successful People in Malaysia in the Britishpedia by British Publishing House Ltd. My parents, siblings, wife and family, as well as my mentors and friends, deserve a lot of love and gratitude.
www.buaniatiqi.com
Tuesday, September 28, 2021
Mesyuarat Pertama DMDI Terengganu
28 September 2021
KUALA TERENGGANU - DMDI Terengganu telah mengadakan pertemuan dan mesyuarat jawatankuasa di Kuala Terengganu yang di pengerusikan oleh Tuan Hj Maaz Muda.
Semua berjalan lancar dan seiring dengan agenda DMDI Malaysia.
Foto lain seperti di bawah:
Ucapan oleh Setiausaha, Tuan Haji Halim
Catatan mesyuarat
Penyerahan surat pelantikan AJK
Foto organisasi
Friday, September 17, 2021
Sembah Tahniah Ulangtahun Keputeraan Pemangku Raja Pahang
Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah sempena ulangtahun hari keputeraan Tuanku, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Allahhuakbar!
Daulat Tuanku, Dirgahayu Tuanku!
Tuesday, August 31, 2021
Selamat Hari Kebangsaan 2021
Selamat Hari Kebangsaan 2021
Terima kasih pejuang-pejuang dahulu.
Terima kasih frontliners!
#malaysiaprihatin #menangbersama
Friday, July 30, 2021
MGCC Sembah Tahniah Ulangtahun Keputeraan Ke-62 Sultan Pahang
Merafak sembah dalam menyembahkan ucapan tahniah ke sisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Sultan dan Raja Pemerintah bagi Negeri Pahang Darul Makmur serta segala jajahan takluknya sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-62 KDYMM Sultan Pahang.
Patik dan seluruh pacal-pacal warga Dewan Perniagaan Malaysia Global (MGCC) mendoakan semoga KDYMM Tuanku bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta Paduka-Paduka Anakanda dan Cucunda dilindungi, dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT agar kekal qarar bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan dengan segala daulat dan kebesaran, dilanjutkan usia dalam sihat walafiat, mudah-mudahan Negeri Pahang Darul Makmur terus maju, selamat dan sejahtera.
𝘿𝙞𝙧𝙜𝙖𝙝𝙖𝙮𝙪 𝙏𝙪𝙖𝙣𝙠𝙪
𝘿𝘼𝙐𝙇𝘼𝙏 𝙏𝙐𝘼𝙉𝙆𝙐
𝘗𝘢𝘵𝘪𝘬 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘦𝘵𝘪𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘶𝘯𝘫𝘶𝘯𝘨 𝘬𝘢𝘴𝘪𝘩,
~Buani Atiqi Abdul Rahman
Presiden
Malaysia Global Chamber Of Commerce
Subscribe to:
Posts (Atom)