Wednesday, January 20, 2021

Sumbangan Ikhlas Tabung Bencana Banjir Negeri Pahang dari Haji Buani Atiqi & Keluarga.

Ada yang bertanya "mana gambar Buani?", "tak ada pun Buani dalam gambar tu?"..

Ya sekarang PKP jadi sukar nak merentas negeri, dan kita mesti patuh. Namun ia bukan halangan untuk saya di Putrajaya dan keluarga menyumbang kepada mangsa banjir yang terjejas di Pahang.

Penyampaian mok cek ini telah disampaikan oleh ayahanda mertua saya Dato' Hj Abdul Aziz Bakar yang menetap di Kuantan kepada YAB Dato' Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang tersayang di Wisma Sri Pahang.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerima sumbangan mangsa banjir Buani Atiqi melalui Datuk Abdul Aziz Bakar di Wisma Sri Pahang, Kuantan hari ini.

Buani Atiqi Abdul Rahman sekeluarga bersama mok cek sumbangan kepada mangsa banjir di Pahang.

Melalui Presiden Skuad 69 Polis Diraja Malaysia, Dato' Abdul Aziz Bakar di Wisma Sri Pahang hari ini. Abdul Aziz merupakan ayah mertua kepada Buani Atiqi yang menetap di Pahang.

Keh harap dapatlah membantu serba sedikit aokmer disana. (Pinjam loghat Tokwan jap)

Sunday, January 10, 2021

Selamat Bersara TKPjR Kamaruddin Mohd Rapig, TKPO RELA



Makan malam perpisahan (persaraan) TKPjR Dato' Kamarudin bin Mohd Rapig, TKPO RELA bersama sahabat-sahabat AKBR.

Posting penuh di facebook saya klik disini