Sunday, July 10, 2022

Salam Aidiladha 1443H / 2022M

 𝙎𝙖𝙡𝙖𝙢 𝘼𝙞𝙙𝙞𝙡𝙖𝙙𝙝𝙖 1443 🕋

𝙈𝙖𝙖𝙛 𝙕𝙖𝙝𝙞𝙧 𝘽𝙖𝙩𝙞𝙣

اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

~𝘋𝘢𝘵𝘰' 𝘏𝘢𝘫𝘪 𝘉𝘶𝘢𝘯𝘪 𝘈𝘵𝘪𝘲𝘪 𝘈𝘣𝘥𝘶𝘭 𝘙𝘢𝘩𝘮𝘢𝘯 & 𝘒𝘦𝘭𝘶𝘢𝘳𝘨𝘢

www.buaniatiqi.com

Thursday, March 17, 2022

Buani Atiqi Terima Kurnia DIMP

KDYMM Pemangku Raja Pahang berkenan menyempurnakan Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) kepada Buani Atiqi bin Abdul Rahman, Presiden Dewan Perniagaan Malaysia Global / Malaysia Global Chamber of Commerce (MGCC)

Merafak sembah menjunjung kasih Tuanku.

KDYMM SPB YDP Agong berkenan berfoto setelah selesai berangkat bagi menyempurnakan Majlis Santapan/ Jamuan Tengah Hari sempena istiadat kali ini.

Berfoto kenangan bersama YAB Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang

Dato' Buani Atiqi berfoto bersama isteri, Datin Nor Fazliza

Merafak sembah menjunjung kasih atas limpah perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Sultan Pahang mengurniakan patik Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia - Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato'.

Istiadat pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-62 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sesi Ke-2 telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menjunjung kurnia Tuanku.

Pada hari Khamis 17 Mac 2022 bersamaan 14 Syaaban 1443 Hijrah di Balairung Seri Istana Abu Bakar Pekan Negeri Pahang Darul Makmur.

Allahhuakbar!
Daulat Tuanku!

Patik yang setia menjunjung kasih.

Dato' Haji Buani Atiqi bin Abdul Rahman