MARANG - Pada 9 Mac 2013, kira-kira 6,000 hadirin telah hadir pada majlis Amanat Negarawan Tun Mahathir Kepada Rakyat".
Tun Mahathir telah disambut dengan paluan kompang, persembahan silat dan diiringi dengan bacaan selawat masuk ke dewan Majlis Daerah Marang.
Tun M berpesan kepada rakyat Marang agar bersatu hati dan membuat undian yang tepat pada PRU-13 nanti untuk kesejahteraan, pembangunan dan kemajuan Agama, Bangsa dan Negara. Majlis juga turut mempunyai sesi soal jawab antara penduduk Marang bersama Tun M.
Rata-rata hadirin amat berpuas hati dan gembira dengan kehadiran Tun Mahathir ke Marang.
Sekian, terima kasih.
Saya turut terlibat menjadi AJK sambutan majlis berkenaan.
Alhamdulillah sungguh meriah dan berjalan lancar.