Saturday, September 14, 2019

Himpunan Penyatuan Ummah 14 September 2019 #HPU914


14 September 2019 @ PWTC - Himpunan Penyatuan Ummah

Bersama ayahanda Dato' Sri Abdul Rahman bin Bakar dan ayahanda mertua Dato' Hj Abdul Aziz bin Bakar di Himpunan Penyatuan Ummah di PWTC Kuala Lumpur. Turut bersama adalah isteri dan anak tersayang.

Klik disini untuk siaran facebook page.

#HPU914 #MuafakatNasional

Sunday, June 30, 2019

Majlis Silaturrahmi Aidilfitri YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali

30 Jun 2019 - Hadir ke Majlis Silaturrahmi Aidilfitri jiran depan rumah kami, YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi di Presint 10, Putrajaya.

Dari kiri: Datin Jaja, Alyza Anita, Dato' Buani Atiqi, YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali

Foto dengan Dato' Sri Siti Nurhaliza, penyanyi no 1 negara

Terima kasih atas jemputan buat jiran-jiran, YB Dato' Seri

YABhg Tun Daim juga turut hadir

Foto kenangan Dato' Buani Atiqi bersama Tian Chua, Penasihat Khas Menteri Kerja Raya

Thursday, May 23, 2019

Ziarah Penghormatan Terakhir Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah

23 Mei 2019 - Mengiringi ayahanda DS Abdul Rahman Bakar dan ayahanda mertua Dato' Abdul Aziz Bakar ke ziarah penghormatan terakhir Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah di Balairung Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang Darul Makmur.

Jenazah almarhum seterusnya akan dibawa ke Masjid Sultan Ahmad Shah yang terletak bersebelahan Makam Diraja, Pekan, Pahang untuk istiadat pemakaman selepas zohor.

#Alfatihah #SAS #InMemory


Semoga Allah SWT mencucuri rahmat keatas roh Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu'adzam Shah.

Kredit foto: Roslan Abu Bakar Alhaj


Keberangkatan tiba DYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah

Dari Kiri: Dato' Hj Buani Atiqi, En Hafiz, Dato' Abdul Aziz Bakar, Dato' Sri Abdul Rahman Bakar, Matam

Foto bersama Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, YH Dato' Ahmad Khirrizal Ab Rahman

Bersedia untuk pemakaman DiRaja di Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan, Pahang.

Wednesday, May 22, 2019

Sembah Takziah KDYMM SPB YDP Agong - Kemangkatan Paduka Ayahanda SAS


Assalamualaikum wbt..
Merafak Sembah Takziah Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Keluarga, Ahli Ahli Kerabat DiRaja Pahang Dan Seluruh Rakyat Negeri Pahang Darul Makmur Diatas Kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu'adzam Shah yang disayangi ke rahmatullah.

Al Fatihah
‎بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Semoga Allah SWT mencucuri Rahmat Keatas Roh selilah paduka ayahanda.

22/5/19 bersamaan 17 Ramadhan 1440H (Nuzul Quran)
24 Oktober 1930M - 22 Mei 2019M
03 Jamadilakhir 1349H - 17 Ramadhan 1440H

Thursday, May 2, 2019

Foto Bersama YAB Menteri Besar Johor

02 Mei 2019 - Tengah lepak minum air.. eh.. terjumpa YAB Dato' Dr. Sahruddin Jamal Menteri Besar Johor Darul Takzim.

Terima kasih YAB Dato' Dr Sahruddin Jamal, MB Johor sudi berfoto.

Boleh duduk sembang sekejap.

Saturday, April 27, 2019

Penyampaian Sembakul Ramadhan 1440H Kepada Asnaf, Nenasi

Majlis Penyampaian Sembakul Sempena Menyambut Puasa Ramadhan 1440H (2019) kepada Golongan Asnaf di Nenasi, Pekan, Pahang.

#Skuad69PDRM #PPKPekan #MGCC #Chaanvig




 
 

Lebih banyak foto di facebook klik disini

~Dato' Hj Buani Atiqi Abdul Rahman
Timbalan Presiden
Malaysia Global Chamber Of Commerce

Tuesday, January 15, 2019

Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah Sultan Pahang Keenam

Allahhuakbar! Daulat Tuanku!

Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah KDYMM Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al Musta'in Billah, sempena pemasyhuran Sultan Pahang Keenam.

Semoga Kebawah DYMM kekal karar memerintah diatas singgahsana Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur dan Seluruh Jajahan Takluknya. Amin Ya Rabbal Alamin.

Patik yang setia menjunjung kasih,
~Buani Atiqi Abdul Rahman @ Istana Abu Bakar, Pekan

 
DYMM Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al Musta'in Billah

YAM Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah

YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail

YH Dato' Sri Siti Nurhaliza binti Tarudin