Wednesday, October 8, 2014

Calon Ahli Parlimen Belia Malaysia - Buani Atiqi Abdul Rahman


Assalamualaikum wbt & Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah.. Dengan rendah diri dan semangat yang tinggi, saya Buani Atiqi bin Abdul Rahman telah tercalon untuk menjadi Ahli Parlimen Belia Malaysia bagi Negeri Terengganu berkat doa dan sokongan tidak berbelah bagi oleh kedua ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan belia sekalian.

Manifesto saya: Belia Bersatu Bijak Bersuara
 
Kiri: Kenangan bersama YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Cheif KJ), Menteri Belia dan Sukan.
Kanan: Kenangan bersama YAB Dato' Haji Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Besar Negeri Terengganu

 Insyaallah jika saya berjaya menjadi Ahli Parlimen Belia Malaysia ini, akan saya berusaha sedaya upaya saya agar golongan belia di Negeri Terengganu khasnya dan Negara Malaysia amnya bersatu padu tanpa mengira batasan agama, kaum dan kepercayaan. Kita semua maklum betapa pentingnya perpaduan dalam membentuk Negara yang berjaya.

Malah saya juga akan berusaha sekuat saya agar golongan belia lebih bijak bersuara di dalam persidangan Parlimen Belia. Bijak bersuara amatlah penting agar suara belia di segenap pelusuk negara di dengari dan mendapat perhatian yang sewajarnya.

Saya sedar bahawa manifesto ini bukan mudah untuk dicapai apatah lagi untuk dimulakan tanpa kerjasama dan sokongan padu rakan-rakan belia sekalian. Marilah kita merealisasikannya agar manifesto tidak hanya sekadar tinggal menjadi manifesto.

Saya dengan ini dengan penuh kerendahan hati memohon sokongan golongan belia dari Negeri Terengganu semasa proses pengundian nanti.

Sekian, wassalam.

"Belia Bersatu Bijak Bersuara"