Showing posts with label APBM. Show all posts
Showing posts with label APBM. Show all posts

Wednesday, May 13, 2015

Sidang II 2015-2016 Hari Terakhir.

"Bahawa persidangan ini mengambil ketetapan agar kerajaan melaksanakan mekanisma kawalan bagi mengawal dan membendung gejala buli siber dikalangan anak muda."

BUANI ATIQI ABDUL RAHMAN
J/K Teknologi & Inovasi
TERENGGANU 01

#APBM #JKTDI #PARLIMENBELIA #PARLIMEN







Tuesday, May 12, 2015

National Academic Decathlon (NAD)

National Academic Decathlon (NAD) officiated by Prime Minister of Malaysia, YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.






Wednesday, April 1, 2015

Sesi APBM bersama Ahli Dewan Rakyat

1 April 2015.
Sesi APBM bersama Ahli Dewan Rakyat.
Insyaallah hari ini juga program bersama pegawai Parlimen JPM, Pegawai Penyelidik Parlimen, SUDR dan MP BNBBC.

Esok 2 April 2015 insyaallah bersama MP Pembangkang pula.
Terima kasih.

www.parlimen.gov.my
www.buaniatiqi.com
Saya bersama Sdr Akmal Saufi Mohamed Khaled (Johor 01) & Alif Rosli (Terengganu 03).






Sunday, November 16, 2014

Perbincangan Bersama Ahli Parlimen Belia Terengganu

Insyaallah kami sedang merancang dan akan melaksanakan terbaik untuk anak muda belia Bumi Darul Iman. 《☆

Salurkan idea & pandangan ke Persidangan Parlimen Belia di:

Nur Aziati, Maisarah, Alif Rosli, Dato' Rosli & saya Buani Atiqi.

Perbincangan APBM Terengganu bersama Coordinator BNYV Terengganu.

Wednesday, October 22, 2014

UNDILAH BUANI ATIQI ABDUL RAHMAN (TRG015)

Diatas sokongan, kepercayaan dan UNDIAN daripada belia dan beliawanis Negeri Terengganu Darul Iman,
saya ucapkan jutaan terima kasih. 

Budi baik saudara saudari hanya Allah SWT sahaja mampu membalasnya.

Untuk mengundi sila login ke www.parlimenbelia.gov.my

TERIMA KASIH!

Buani Atiqi Abdul Rahman - TRG015
www.facebook.com/buaniatiqiabdulrahman


Wednesday, October 8, 2014

Calon Ahli Parlimen Belia Malaysia - Buani Atiqi Abdul Rahman


Assalamualaikum wbt & Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah.. Dengan rendah diri dan semangat yang tinggi, saya Buani Atiqi bin Abdul Rahman telah tercalon untuk menjadi Ahli Parlimen Belia Malaysia bagi Negeri Terengganu berkat doa dan sokongan tidak berbelah bagi oleh kedua ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan belia sekalian.

Manifesto saya: Belia Bersatu Bijak Bersuara
 
Kiri: Kenangan bersama YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Cheif KJ), Menteri Belia dan Sukan.
Kanan: Kenangan bersama YAB Dato' Haji Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Besar Negeri Terengganu

 Insyaallah jika saya berjaya menjadi Ahli Parlimen Belia Malaysia ini, akan saya berusaha sedaya upaya saya agar golongan belia di Negeri Terengganu khasnya dan Negara Malaysia amnya bersatu padu tanpa mengira batasan agama, kaum dan kepercayaan. Kita semua maklum betapa pentingnya perpaduan dalam membentuk Negara yang berjaya.

Malah saya juga akan berusaha sekuat saya agar golongan belia lebih bijak bersuara di dalam persidangan Parlimen Belia. Bijak bersuara amatlah penting agar suara belia di segenap pelusuk negara di dengari dan mendapat perhatian yang sewajarnya.

Saya sedar bahawa manifesto ini bukan mudah untuk dicapai apatah lagi untuk dimulakan tanpa kerjasama dan sokongan padu rakan-rakan belia sekalian. Marilah kita merealisasikannya agar manifesto tidak hanya sekadar tinggal menjadi manifesto.

Saya dengan ini dengan penuh kerendahan hati memohon sokongan golongan belia dari Negeri Terengganu semasa proses pengundian nanti.

Sekian, wassalam.

"Belia Bersatu Bijak Bersuara"