Thursday, October 16, 2014

Dari Dewan Rakyat Parlimen Malaysia Hari Ini

ANTARA YG MENARIK DI PARLIMEN HARI INI



YB Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah Ahli Parlimen Lenggong bercakap tentang Parlimen Belia di Dewan Rakyat ketika saya bersalaman dengan YB Dato' Ahmad Maslan Timbalan Menteri Kewangan Malaysia pagi ini.

Beliau mengatakan,"Parlimen Belia amat bagus..anda boleh memuji atau mengkritik tetapi harus bertanggungjawab,"

Belia harus ambil cakna akan pesanan ini.

HIDUP BELIA HIDUP NEGARA
HIDUP NEGARA DEMI MASA DEPAN NEGARA YG LEBIH BERJAYA DAN SEJAHTERA

"BELIA BERSATU BIJAK BERSUARA"
"MEREALISASI SUARA ANAK MUDA"

UNDI TRG 015 UNTUK APBM TERENGGANU!

Sunday, October 12, 2014

DMT Bersama MPP dan Pelajar UMT

PENUH SEMANGAT!! 
11.10.14 - Calon Demokrat Muda Terengganu bersama MPP dan Pelajar Universiti Malaysia Terengganu. Untuk makluman pengundi PBM adalah berumur 15-40 tahun yang telah mendaftar termasuklah golongan mahasiswa dan mahasiswi. 








Kami cakna dan sepenuh hati akan berusaha merealisasi suara anak muda Tranung!!
Tetapkang dalang hati untuk UNDI kami pada 22-31 Oktober ning deh!!! 

Pengenalan Calon DMT Untuk Parlimen Belia Malaysia, Terengganu.

11.10.14 @ Kg Gelugor Kedai - Alhamdulillah atas restu ayahanda dan bonda tersayang.. Majlis pengenalan calon Demokrat Muda Terengganu untuk Parlimen Belia. Dihadiri oleh KPN Abg Joe, Pengerusi MBN Abg Zaidi muda, Naib Pengerusi 1 MAYC Negeri (mewakili Pengerusi En Amirullah yg hadir kursus di KL) merangkap exco dan pengerusi biro sukan MAYC kebangsaan Abg Mohd Hishamudin, dan Naib Ketua Puteri Negeri Kak Arlina Rosli.










CALON2 DMT:
-Alif Rosli
-Buani Atiqi Abdul Rahman
-Rashidah
-Nasiruddin
-Izham

Kami serius dan kami komited demi kemajuan belia dan beliawanis Bumi Darul Iman!!

Terima kasih.
Buani Atiqi (TRG 015) For APBM
www.facebook.com/buaniatiqiabdulrahman


Wednesday, October 8, 2014

Calon Ahli Parlimen Belia Malaysia - Buani Atiqi Abdul Rahman


Assalamualaikum wbt & Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah.. Dengan rendah diri dan semangat yang tinggi, saya Buani Atiqi bin Abdul Rahman telah tercalon untuk menjadi Ahli Parlimen Belia Malaysia bagi Negeri Terengganu berkat doa dan sokongan tidak berbelah bagi oleh kedua ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan belia sekalian.

Manifesto saya: Belia Bersatu Bijak Bersuara
 
Kiri: Kenangan bersama YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Cheif KJ), Menteri Belia dan Sukan.
Kanan: Kenangan bersama YAB Dato' Haji Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Besar Negeri Terengganu

 Insyaallah jika saya berjaya menjadi Ahli Parlimen Belia Malaysia ini, akan saya berusaha sedaya upaya saya agar golongan belia di Negeri Terengganu khasnya dan Negara Malaysia amnya bersatu padu tanpa mengira batasan agama, kaum dan kepercayaan. Kita semua maklum betapa pentingnya perpaduan dalam membentuk Negara yang berjaya.

Malah saya juga akan berusaha sekuat saya agar golongan belia lebih bijak bersuara di dalam persidangan Parlimen Belia. Bijak bersuara amatlah penting agar suara belia di segenap pelusuk negara di dengari dan mendapat perhatian yang sewajarnya.

Saya sedar bahawa manifesto ini bukan mudah untuk dicapai apatah lagi untuk dimulakan tanpa kerjasama dan sokongan padu rakan-rakan belia sekalian. Marilah kita merealisasikannya agar manifesto tidak hanya sekadar tinggal menjadi manifesto.

Saya dengan ini dengan penuh kerendahan hati memohon sokongan golongan belia dari Negeri Terengganu semasa proses pengundian nanti.

Sekian, wassalam.

"Belia Bersatu Bijak Bersuara"

Saturday, October 4, 2014

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Selamat Hari Raya Aidil Adha.
Selamat menunaikan ibadah korban.

Sunday, September 28, 2014

Mesyuarat BNYV Malaysia.

27.09.14 - Mesyuarat dan perjumpaan BNYV Malaysia. Merealisasi Suara Muda Malaysia. Info: www.bnyv.my

Saudara Akmal Saufi Mohd Khaled mempengerusikan mesyuarat BNYV.

Dr Rizal cukup dedikasi bersama BNYV.

Rakan-rakan BNYV.

Wednesday, September 17, 2014

Selamat Hari Malaysia 2014

Selamat Menyambut Hari Malaysia, 16 September 2014.

www.buaniatiqi.com