Tuesday, September 22, 2015

Perbahasan Sidang Parlimen Belia III Hangat


Ketika mencelah usul Vape

YB Khairy Jamaluddin ketika menggulung

Saudara Muhamad Ridhwan Rosli ketika mengusulkan

Bersama sahabat Firdaus Ahmad, APBM Kedah (Langkawi)

Bersama otai-otai Vape Malaysia

Saya sempat mencelah mencadangkan kepada Dewan yang mulia agar Malaysia bekerjasama dengan negara-negara yang mengharamkan vape (rokok elektronik) dan juga negara-negara yang membenarkan vape. Untuk kita tahu atas dasar apa atau fakta apa ia diharamkan atau dibolehkan.

Agar masa untuk kaji selidik oleh negara kita dapat disingkatkan untuk menggubal undang-undang berkenaan vape.

Usul ini dibawa oleh saudara Ridhwan Rosli yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerohanian dan Keagamaan yang mencadangkan:

"BAHAWA Persidangan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan dapat menggubal undang-undang untuk mengawal selia pengedaran, penjualan dan penghasilan rokok elektronik (vape) di Malaysia"

Dan akhirnya sesi penggulungan untuk semua usul oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Buani Atiqi bin Abdul Rahman
Ahli Parlimen Belia Malaysia
Terengganu 01

‪#‎apbm‬ ‪#‎apbmnt‬ ‪#‎move‬