Merafak sembah dalam menyembahkan ucapan tahniah ke sisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Sultan dan Raja Pemerintah bagi Negeri Pahang Darul Makmur serta segala jajahan takluknya sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-62 KDYMM Sultan Pahang.
Patik dan seluruh pacal-pacal warga Dewan Perniagaan Malaysia Global (MGCC) mendoakan semoga KDYMM Tuanku bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta Paduka-Paduka Anakanda dan Cucunda dilindungi, dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT agar kekal qarar bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan dengan segala daulat dan kebesaran, dilanjutkan usia dalam sihat walafiat, mudah-mudahan Negeri Pahang Darul Makmur terus maju, selamat dan sejahtera.
𝘿𝙞𝙧𝙜𝙖𝙝𝙖𝙮𝙪 𝙏𝙪𝙖𝙣𝙠𝙪
𝘿𝘼𝙐𝙇𝘼𝙏 𝙏𝙐𝘼𝙉𝙆𝙐
𝘗𝘢𝘵𝘪𝘬 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘦𝘵𝘪𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘶𝘯𝘫𝘶𝘯𝘨 𝘬𝘢𝘴𝘪𝘩,
~Buani Atiqi Abdul Rahman
Presiden
Malaysia Global Chamber Of Commerce